.

TENAGA PENGAJAR

Dato PS Samy
Appalasuwami lebih dikenali sebagai Dato’ P.S Samy berasal dari Kampung Kelawar Tanjung Malim, Perak. Beliau telah dilahirkan pada 18 Sept 1956. Asal usul beliau adalah dari sebuah kampung yang kecil dengan kerjaya sebagai seorang penoreh getah. Pada tahun 1980, beliau bekerja di bawah adiknya Dato’ Ramnaidu sebagai seorang pembantu Sekolah Memandu Behrang Stesen, Perak. Setelah bekerja selama 4 tahun, adiknya telah membantu beliau untuk mendapatkan sebuah cawangan di kawasan Hulu bernam atas nama syarikat ‘Sekolah Memandu Hulu Selangor’. Beliau telah mengusahakan cawangan barunya selama tiga tahun dan berpindah ke pekan Kuala Kubu Bharu (KKB) pada tahun 1987. Sambutan pelanggan yang agak memberangsangkan menyebabkan perniagaan beliau semakin berkembang. Pertambahan bilangan calon yang ramai telah menimbulkan kesukaran kepada Dato P.S Samy kerana semua pelanggan ini perlu dibawa ke daerah Petaling Jaya untuk menduduki ujian Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Hal ini telah mendorong beliau memohon tanah sebanyak 5 ekar di daerah Kuala Kubu Bharu pada tahun 1990.

.